Thursday, August 20, 2009

10 Tips Makan Di Bulan Ramadhan

oleh kerana bulan ramadhan akan menjelang tiba, so.. pentingnya untuk kita menjaga dan mengawal pemakanan. ini disebabkan, ada segilintir hamba Allah menganggap bahawa puasa itu adalah PUlun Apa SAja = PUASA. hoho.. ini sama sekali tidak benar.. saya memang langsung tidak bersetuju! jadi, kita kena makan dengan cara yang betul ketika berada di bulan yang mulia ini...

jom tgk....


1. Berbuka dengan membaca doa.

2. Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2
biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.

3. Bolehlah makan nasi & "noodles"

Nasi "Noodles"
Nasi putih Mee/ Bihun} Berkuah/ Sup
Nasi ulam Koayteow }
Nasi kerabu

4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.

7. Berhenti makan sebelum kenyang.

8. Lebihkan minum air.

9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.

10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan
adalah seperti berikut:

Nasi putih Oats/ Nestum
Roti/ Ban Buah-buahan/ Kurma

Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.
so, boleh buat?? kita mesti boleh buat! dengan ini, kita tidak akan menghadapi masalah kenyang yang berebihan smpi tak larat angkat badan, rasa nak muntah sbb overload, dan kemudian malas nak gi terawih! haha.. jangan amalkan!!


"BADAN SIHAT, RAMADHAN BERKAT"

1 comments:

Yem0805 said...

Salam Cikgu,

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan