hari ni 25hb. haha.. hr yg gembira. gembira sbb byr hutang! dan shopping sikit utk diri sendiri. saya baru lepas balik dari solat terawih di surau kampung saya. seperti biasa, bapa saya adalah imam terawih merangkap amil merangkap imam kampung ni. alhamdulillah, saya masih berkesempatan menunaikan solat sunat terawih tahun ini berimamkan bapa sendiri.
selesai berbuka tadi, around 7.20 pm kami sekeluarga bertolak ke surau. semasa di surau, sedang kami semua bersiap2 mau mendirikan solat isya', tiba2... wakil rakyat adun N. 24 datang untuk berjemaah sekali. terkejut kami bukan kepalang. tidak menyangka YB Datuk Haji Ariffin Ariff datang untuk berjemaah bersama. well, ini la rutin pemimpin ini. setiap tahun, beliau akan pergi ke satu2 surau@masjid di dalam kawasannya untuk menunaikan ibadah sunat solat terawih. begini la cara beliau melawat kawasan dan berjumpa dengan penduduk kampung.
ini bukan kali pertama YB Datuk berjemaah bersama kami. memang setiap tahun. tapi tidak sangka pulak hari ini. setiap tahun jugak YB Datuk membayar zakat fitrah dengan bapa saya.
secara peribadi, saya kagum dengan cara pemimpin ini. beliau menjadi imam solat isya' tadi. selepas itu, baru lah diganti oleh bapa saya untuk solat terawih 20 rakaat berserta 3 rakaat solat witir..
itu sahaja event yang berlaku pada hari keempat berpuasa!
Tuesday, August 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment